Tanjung Tualang is a small town in Kinta district, known as Kinta Valley Perak, Malaysia and located at 4° 19' 0" North dan 101° 4' 0" East. It's under the administration of West Kinta Town Council (Majlis Perbandaran Kinta Barat). Other nearby town is Kinta Valley, Kampung Baru Chendrong, Batu Gajah, Kampung Gajah, Teluk Intan, Tronoh, Tronoh Mines, Malim Nawar, Gopeng dan Kampar.
It was originally one of the major tin-mining towns in Malaysia around early 1900'.
Here is the list of multinational amalgamated and tin mining company whose on one time operated and control the mining area in Tanjung Tualang in the mid 1900'
- Lower Perak Tin Dredging - Southern Kinta Consolidated - Southern Malayan Tin Dredging - Austral Amalgamated Tin - Osborne & Chapple - Pernas Chartered Management - Malaysian Mining Corporation.
In 1970 there are 5 (type number 1) tin dredging machine (also known as Kapal Korek in Malay) which size is humongous (the biggest size in the world) and many other smaller type of this machine scattered in Tanjung Tualang. It's normally own by a European company whilst a local mining company opted to use a "Palong" type of mining technology.
Right now this mining area is either converted to became a freshwater pond (known as Lombong in Malay) to breed freshwater prawn/fish or being turn into palm estate. Tanjung Tualang also have a vast area of rubber estate (either being own personally or by a large corporation).
It also host a "Underground Armament Testing Complex" for Malaysian Government under close monitoring by Ministry Of Defense. The actual site for this underground facilities is undisclosed but some clues were pointed out to a nearby area known as Changkat Tin. Access to this area is restricted.
Tanjung Tualang is also famous for its freshwater prawns which in turn giving the Tanjung Tualang a nickname (Freshwater Prawn Town).
Lokasi
Tanjung Tualang adalah merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam pentadbiran daerah Kinta (Kinta Barat) Batu Gajah, Perak. Ditempatkan pada kedudukan 4° 19' 0" Utara dan 101° 4' 0" Timur, bandar-bandar yang paling hampir dengannya ialah Kinta Valley, Kampung Baru Chendrong, Batu Gajah, Kampung Gajah, Teluk Intan, Tronoh, Tronoh Mines, Malim Nawar, Gopeng dan Kampar.
Sejarah
Tanjung Tualang amat dikenali pada satu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timahLower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, Pernas Chartered Management dan Malaysian Mining Corporation. yang beroperasi dengan skala besar. Antara syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan beroperasi di Tanjung Tualang ialah
Paling utama yang menonjolkan Tanjung Tualang ialah dengan terdapatnya beberapa buah Kapal Korek Bijih Timah yang terbesar didunia (Kapal 1). Sekitar tahun 1970-an terdapat lima buah kapal iaitu Kapal 1 di Tanjung Tualang dan ada beberapa belas lagi Kapal 3 dan Kapal 5.
Kini anda masih lagi boleh mengunjungi kesan tinggalan kapal korek ini iaitu (Kapal 5) yang masih terdapat di Batu 6, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Tanjung Tualang. Tinggalan ini adalah dibawah kawalselia Jabatan Antikuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan. Walaupun anda tidak dibenarkan menaiki tinggalan kapal korek ini, namun anda boleh mengambil gambar foto untuk kenang-kenangan anda tanpa sekatan.
Industri dan Aktiviti
Tanjung Tualang juga mempunyai industri penternakan itik (daging dan telur) dan penternakan ikan air tawar yang terkemuka dan terbesar di Negeri Perak. Ia telah menjana ekonomi bagi kawasan ini sejak tamatnya industri perlombongan di sini. Walaupun begitu, industri getah (menanam pokok Getah) dan pokok Kelapa Sawit pula mengambil alih menjadi antara nadi utama di Tanjung Tualang.
Sekarang Tanjung Tualang lebih dikenali dengan gelaran "Bandar Udang Galah" kerana terdapatnya industri penternakan udang galah berskala besar dan hampir kesemua restoran di Tanjung Tualang menjual hidangan berasaskan masakan udang galah. Para pelancong datang dari segenap pelusuk negara malah ada yang datang dari luar negara semata-mata untuk menikmati hidangan udang galah yang sedap dan segar.
Namun kini terdapat satu lagi industri utama yang telah beroperasi dan bakal menjadikan Tanjung Tualang lebih terkenal sebagai "Pusat Pengujian Senjata Bawah Tanah". Kompleks pengujian senjata yang terdapat disini dikawalselia sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.
Mercu Tanda
Pusat bagi Tanjung Tualang ialah di simpang empat utama. Di simpang empat ini, anda boleh dapati ada beberapa tanda mercu yang mudah dikenali seperti Kedai Papan Keng Weng, Kedai Basikal, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Thung Hon dan juga satu-satunya gerai cendol yang terkenal (Berahim Cendol). Dari simpang empat ini anda boleh melihat Sekolah Rendah Kebangsaan St Paul.
Pada satu masa dahulu di Tanjung Tualang ada terdapat sebuah pawagam yang banyak menayangkan wayang gambar Inggeris, Cina, Tamil, Hindustan, Indonesia dan Melayu. Pawagam ini beroperasi bersebelahan dengan Klinik Lim. Pada sekitar tahun 1984 pawagam ini mengenakan tiket bernilai 90 sen untuk satu tayangan. Kini pawagam ini telah ditutup dan diubahsuai menjadi kilang kasut dan pakaian.
Kampung dan Taman Perumahan
Senarai Masjid
- Masjid Al-Falahiah, Kampung Changkat Tin,
- Masjid Nurul Hamidiah,
- Masjid Batu 8, Jalan Tanjung Tualang,
Sekolah
- Sekolah Rendah Kebangsaan St Paul.
- Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Thung Hon.
- Sekolah Kebangsaan Ayer Papan, Kampung Ayer Papan.
- Sekolah Kebangsaan Tanjong Tualang, Jalan Tanjong Tualang, Kampung Batu 7
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bendahara C.M Yussof
- Sekolah Kebangsaan Changkat Tin, Tanjung Tualang.
Pusat Pengajian Tinggi
- Pusat Latihan Pensyarah dan Kakitangan UiTM, Sungai Galah, Tanjung Tualang.
- Pusat Latihan Giat Mara Changkat Tin, Tanjung Tualang
Pasar
- Pasar Awam Terbuka
Kilang Minyak Sawit
- Kilang Minyak Sawit Tg Tualang (1997) Sdn Bhd , PT 1278, Kampung Ayer Papan,
Pejabat Pos
- Pos Malaysia Bhd , No. 759, Jalan Abdullah, Tanjung Tualang
- Pusat Pembangunan Menjaro Mayc, No. 35701, Jalan Kampung Gajah, Changkat Tin,
Balai Polis
- Balai Polis Tanjung Tualang
- Pondok Polis Changkat Tin, Tanjung Tualang
- Pondok Polis Sungai Durian, Tanjung Tualang
- Pondok Polis Bali, Jalan Bali Tronoh
Kemudahan Awam
- Balai Penghulu Mukim Tanjung Tualang,
- Klinik Desa Tanjung Tualang,
- Balairaya Tanjung Tualang,
- Rumah Orang-Orang Tua Tanjung Tualang,
- Stesen Bas Tanjung Tualang,
Stesen Minyak
- ESSO Tanjung Tualang,
- StesenKU, Batu 7 Jalan Tanjung Tualang,
- StesenKU, Changkat Tin, Tanjung Tualang,
Kemudahan Bas
- General Omnibus Company (Laluan Tanjung Tualang @ Sg Durian ke Ipoh)
- Perak Roadways Berhad (Laluan Kg Gajah ke Ipoh)
- Kamta Omnibus Company (Laluan Tanjung Tualang ke Kampar)
- Ekspress Seri Maju Sendirian Berhad (Laluan Tanjung Tualang ke Kuala Lumpur)
Telekomunikasi
- Telekom Malaysia Berhad Tanjung Tualang, Perak
Kemudahan Telekomunikasi
- Talian Tetap, ISDN, Gentian Fiber Optik, Talian Suwa (Leased Line)
- Maxis 012 dan 017
- Digi 016
- Celcom 013 dan 019
- Kemudahan VSAT (Very Small Aperture Terminal) C-Band, L-Band, Ka-Band dan Ku-Band.
Felcra
- FELCRA BERHAD, 1/72, Kampung Baru Sungai Durian,
Bekalan Elektrik
- Tenaga Nasional Bhd , Jalan Kampung Gajah, MMC Sungai Galah,
- Tenaga Nasional Bhd , No. 31794, Kampung Baru Sungai Durian,
Restoran
Tanjung Tualang amat terkenal dengan restoran-restoran yang menyediakan hidangan
berasaskan makanan laut dan juga udang galah. Malah Tanjung Tualang telah serata
diwartakan Asia Tenggara sebagai satu-satunya "Bandar Udang Galah"
Tokong / Persatuan Cina
- Tokong Kuan Yin, Kampung Baru Kampung Timah,
- Oversea Chinese Philanthropic Association, No. 23, 1st Floor, Jalan Hamid,
- Persatuan Penganut Dewa Guan Yin Dian Kg Timah, Tokong Kuan Yin, Kampung Baru Kampung Timah,
Kuil Hindu
- Kuil Sri Kaliamal, Jalan Sungai Durian, Tanjung Tualang, Perak
nak tnye..
ReplyDeleteade x no kolam pernternak udang galh dia tnjung tualng..
boleb bg kat sya x?
khairi-0137578352